Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis merupakan tempat seterusnya untuk saya melanjutkan perlajaran selepas SPM. Saya telah ditawarkan dalam program Diploma Sains Kesetiausahaan dan program ini pula bukan pilihan hati saya pada mulanya. Ermm…pertama kali dapat keputusan ini,saya rasa sangat sedih kerana saya akan berjauh dengan keluarga saya dan saya seorang saja terpelanting jauh jika di bandingkan dengan rakan-rakan saya yang majoritinya dapat menyambung pelajaran dalam negeri Perak sahaja.
Isnin, 29 November 2011, merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki di PTSS. Suasana poli ini telah membuatkan saya rasa tak nak tinggal disini dan saya nak balik kerumah saya. Kerana persekitaran disini membuatkan saya rasa amat bosan..Setelah mendaftarakn diri di kafeteria bagi Kolej Kediaman ,saya telah ditempatkan di Blok B4 dan mendapat bilik 1.1.Saya amat selesa kerana saya dapat bilik dua orang sahaja. Teman bilik saya bernama Nor Elyana dan ditawarkan program Diploma Pelancongan. Emak,ayah dan adik saya telah membantu saya mengemas bilik pada waktu itu. Saya amat sedih apabila emak dan ayah saya hendak pulang, mulalah airmata saya mengalir kerana saya tidak pernah berjauhan sebegini dengan keluarga saya dan saya pula amat rapat dengan mereka.
Setelah selesai dengan unit Kolej Kediaman, semua semester satu sesi Disember 2010 akan memulakn minggu orientasi yang bagi saya amat menyeksakan walaupun baru sehari.Ketika berkumpul inilah saya kenal dengan Suhaiza dan Tajul,tapi saya lebih rapat dengan Suhaiza kerana kami satu kumpulan waktu itu.Minggu orientasi ini jugalah saya telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kerana appendiks. Waktu itu hanya Suhaiza dan fasi sahaja yang telah membantu saya ketika itu.Pelbagai kenangan manis dan pahit yang saya tempuhi pada hari pertama dan kedua di PTSS.
NIK SYAZA AMIRAH BT NIK AMRAN
25.MAY.1992
M. Z . A
ex- POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN,PERLIS (ptss)








No comments:
Post a Comment