Friday, November 18, 2011

Last day at PTSS .. for sem 2 ....

Ermmm .. hbs je paper PD hari rabu tue...kwn2 ak amai yg da blek...tgl beberape je yg ta alek g....tamat lah penat lelah kmi slama 6 blan untuk semester dua nie....hOpe kmi smue dpt meraih pointer terbaik n lbh baik dari sem lps ... hehehehe ...

Sebelum blek bercuti yg mybe dlm sebulan nie..ak ngan 3 lg membe ak nie..kmi sempat la snap pic jap...walaupun asenye...spnjang sme dah bpe puluh2 kmi amek ... hahahahahaha ... tak kire d mane sje...ade jer tgan yg klik ! klik ! ... amek pick kmi yg  “hot2 mama“ nie ... kih3 .. :-p

Hope kite dpt jmpe nest sem yar !! love a lots ... ( farhana .. mila .. fatin )


memori kami buat sedetik yg ta akan lebih ..


wit my loving mucux !! mwahxxx ...


berehat sebentar d tepi blOk jKE .. :-)



memori indah kita tak kan ku lupa ...

~ farhana ... fatin .. mila ... myra ~

Thursday, November 17, 2011

17.nOv.2011

~ skrg ak nga ontway na alek Perak .. dlm train,  with azida ...  dye nga mam kfc .. lapo kate nye.. hehehe .. :p
ak jap g lar mam .. hehehe .. lapo gak .. tp,jap ler .. na lyn blog nie jap .. erm..jaoh g prjlanan kmi ni .. tp ase cam da lme .. dah ase na nyanyi lgu " mari lah bergoyang .. " hahahahahahaha .... :-D ..
~ kul 1 lbh bru ak na smp Kuala KAngsar ... huwaaaa .... lmbt lg... leh tdow  pueh3 ... hehe .. :)


* snap jap lam train .. hehehehe .. *

Friday, November 11, 2011

menghitung hari .....

ermm...sok da sabtu.peh tu ahad, isnin na exam da...huwaaaaaaa.....tolong ak!!.....takot!!.shorthand , trengkas...
PD..lg ak ta cover g...mcm ne ni...ya ALLAH,permudahkanlah sgla urusan ku.... :'(
ak dah cube sedaya upaye..hope akn membuahkan hsil...mrkh PB alhamdulillah lar wat mse ni...tp,yg subjek laen tu ak ta taw dpt bpew...
>  Doc,Processing <
 > ISlamic Edction.<
> OSHA <
>  Entrepreneur <
hope yg 4 nie ak dpt trbaek lar hndknye.....ak na AKJ sem nie....tringin lor... :'(
Do The BEST NIK SYAZA AMIRAH !!!!
:-)
~ chaiyok ... chaiyok ~

Wednesday, November 2, 2011

persiapan aku utnuk final exam . . .

Adoyai . . .  jadual final exam baru dapat kot..mcm ne nie.. baru rasa debaran na exam…banyk lg ak tak cover nie.. SHorthaND, TRenGKAs, dan PersOnality DevelOpment….huwaaaaa !!!! tolong ak…mcm ne ak na bahagikan masa nie untuk cover 3 subjek skali ..
14 sehingga 16 November 2011 adalah tarikh unutk ak berperang bg semester nie…ak kena kuatkan semangat ak..tak akan mudah mengalah…ak dah jnji dgn diri ak..ak akan naik kan pointer ak bg sem nie…ak pown tringin na nek pentas amek AKJ….bru2 nie..jeles jer tgok owg laen amek AKJ..huhuhu… :’( tu lar,suke maen2 lg kan…
“NIK SYAZA AMIRAH bt NIK AMRAN …. Jgnlah mensia-siakan masa yang ada ini”… inilah ayat yang mak ak slalu pesan kat ak tiap kali ak or die call ak…hehehe…tgoklah betapa risaunya mak ak kat ak..yang ak nie…buang masa begitu jer…dok layan movie lar….lagu lar..SMS lar…n yg pling slalu ak wat …dok nyembang bnde2 ta pntig..hahahahahaha…..tue mang ta leh dipisahkan bile ak dok rmi2 ngn membe2 ak… :-p …
Mulai dari saat ini, ak kene lebihkan study walaupun  memang sblom nie pown ak dah study ak kene tingkatkan lg kefahaman ak bg SHORTHAND n TRENGKAS.. ak rasa ak BOLEH buat !! cume ak kene perbnykkan praktis mengguris dan faham peraturan pnting gurisan2 yang dah diajar oleh Miss Linda n Pn, Sal…untk personality lak..ak kene bnyk membaca…dan ingat apa yg Pn,Juwita slalu terangkan kat lam kls….  :) ..
So, ak kene pernbaiki kelemahan diri ak dan kuatkan semangat untuk study .. ak kene ingat..jgn membuang masa..kerana masa tidak akan menunggu ak.. jgn give up !! truskan usaha .. msih ada masa untuk ak trus membantu diri ak.. semoga Allah S.W.T akan sentiasa mempermudahkan segala urusan ak…dan membuka pintu hati ak untuk study lebih… gud luck untuk ak dan semua membe2 ak….do the best for our final exam…n see you all next semester…. :)



 

Tuesday, November 1, 2011

Hari Pertama di PTSS


Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis merupakan tempat seterusnya untuk saya melanjutkan perlajaran selepas SPM. Saya telah ditawarkan dalam program Diploma Sains Kesetiausahaan dan program ini pula bukan pilihan hati saya pada mulanya. Ermm…pertama kali dapat keputusan ini,saya rasa sangat sedih kerana saya akan berjauh dengan keluarga saya dan saya seorang saja terpelanting jauh jika di bandingkan dengan rakan-rakan saya yang majoritinya dapat menyambung pelajaran dalam negeri Perak sahaja.
Isnin, 29 November 2011, merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki di PTSS. Suasana  poli ini telah membuatkan saya rasa tak nak tinggal disini dan saya nak balik kerumah saya. Kerana persekitaran disini membuatkan saya rasa amat bosan..Setelah mendaftarakn diri di kafeteria bagi Kolej Kediaman ,saya telah ditempatkan di Blok B4 dan mendapat bilik 1.1.Saya amat selesa kerana saya dapat bilik dua orang sahaja. Teman bilik saya bernama Nor Elyana dan ditawarkan program Diploma Pelancongan. Emak,ayah dan adik saya telah membantu saya mengemas bilik pada waktu itu. Saya amat sedih apabila emak dan ayah saya hendak pulang, mulalah airmata saya mengalir kerana saya tidak pernah berjauhan sebegini dengan keluarga saya dan saya pula amat rapat dengan mereka.
Setelah selesai dengan unit Kolej Kediaman, semua semester satu sesi Disember 2010 akan memulakn minggu orientasi yang bagi saya amat menyeksakan walaupun baru sehari.Ketika berkumpul inilah saya kenal dengan Suhaiza dan Tajul,tapi saya lebih rapat dengan Suhaiza kerana kami satu kumpulan waktu itu.Minggu orientasi ini jugalah saya telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kerana appendiks. Waktu itu hanya Suhaiza dan fasi sahaja yang telah membantu saya ketika itu.Pelbagai kenangan manis dan pahit yang saya tempuhi pada hari pertama dan kedua di PTSS.

Monday, October 31, 2011

MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI ..

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Wednesday, October 26, 2011

A Place I Love to Visit


Everyone has a dream to go travelling to interesting places in this world. Maybe some of them want to visit  the places in the country or abroad. Many interesting places  can we visit has its own attraction.
In my live, I want go to visit  Japan. Why I want to go there? Because my dad always tells the interesting places  that he had visited when he was studied there. Among the places that my dad was telling is Fukuoka, Kyoto, Nagasaki and Tokyo.
During his studies at Fukuoka, my dad specialised on ceramic research at Arita  Ceramic Research Centre. Long time ago Arita Ceramic is only used by Royal and rich people only. Fukuoka is the capital city of Fukuoka Prefecture and is situated on the northern shore of the island of Kyushu in Japan. Fukuoka is praised for green spaces in a metropolitan setting. It was chosen for its central Asian location, increasing tourism and trade, and a large increase in volume at its sea and airport . Fukuoka has a diverse culture and a wide range of cultural attractions. Ohori Park is also the location of one of Fukuoka City's major art galleries. Second places that I want to tell is Kyoto. Kyoto are places of religious. With it’s 2000 religious places, 1600 Buddhist Temples and 400 Shinto Shrines. As  well as palaces, gardens and architecture intact, it is one of the best preserved cities in Japan. Among the most famous temples in Japan are Kiyomizu-dera, a magnificent wooden temple supported by pillars off the slope of a mountain; Kinkaku-ji. Kyoto has a Kyoto Station is the center for transportation in the city.Kyoto is the second-largest in Japan.The Tōkaidō Shinkansen and San'yo Shinkansen is a high –speed rail services  linked with east and west of Kyoto. After that I want go to Nagasaki. Nagasaki is a small fishing village scheduled by harbours and  the places was of Atomic Bomb of Hiroshima. I want to see some of the rubble was left as a memorial, such as a one-legged torii gate and an arch near ground zero. Lastly, I want go to Tokyo Disneyland. Tokyo Disneyland is a theme park at the Tokyo Disney Resort located in Urayasu, Chiba, Japan, near Tokyo. There are seven themed areas in the park, the World Bazaar, the four classic Disney lands, Adventureland, Westernland, Fantasyland and Tomorrowland, and two mini-lands, Critter Country and Mickey's Toontown. I want go this happy places, because I  will discover enchanted lands of Fantasy and Adventure.
Japan is a rather appropriate place for us to travel, because there have marvellous and beautiful country. Friendly people  and they still preserve their culture. If we go there, we do not have to worry about eating, because their food is good and delicious. No food poisoning and do not use additives in their food and easy to search Halal food. I like the way the people living there, because most of all Japanese people is very clean and neat.
Japan is my dream destination. I hope that one day I can go and visit Japan.